Tuesday, 29 March 2011

Kalau lidah lu gua potong buat umpan mancing macam mana?

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bukan? Tapi kenapa sekarang ni gua tengok bahasa ni dah semakin ketinggalan. Macam mana nak membudayakan bahasa jika golongan-golongan yang disanjung atau yang biasa dijadikan contoh tidak mengamalkan bahasa kebangsaan ini?

Sedangkan duta besar Jepun di Malaysia pon bercakap menggunakan bahasa Melayu di majlis-majlis rasmi. Lu orang tak rasa segan? Tengok macam mana orang Jepun menghormati budaya sesebuah negara. Macam ni la yang kita patut contohi.

Ok, gua malas nak cerita lebih-lebih.




p/s: Gua dalam mood nak tukar karier. So, lu orang ada lubang?

Sunday, 27 March 2011

Manusia dalam abad ke-21

Gua akan cuba sedaya upaya untuk bekerja. Gua nak dapatkan gaji yang halal dan bukannya makan gaji buta seperti ramai diantara kamu-kamu buat.

Tapi bila pc depan mata, mouse dekat tangan dan internet connection yang sangat superb gua jadi lalai. WTF!

Tolong jauhkan gua dengan internet.

Thursday, 24 March 2011

Kalau Leman jadi menteri macam mana?

Sekarang ni gua wusha dalam tv asik nak tayang pasal skandal sex je. Apa diorang rasa rakyat melaysia ni gila sex ke?

Gua memang tak berapa nak in kalau wusha berita-berita kat tv sekarang ni, sebab gua rasa cerita yang diorang nak tonjolkan hanyalah memihak pada satu pihak.

Apa kes kalau 20 minit asik cerita pasal skandal sex. Baik gua layan porn, lagi real.

Wednesday, 23 March 2011

Apa ada pada Ultraman?

Sekarang ni gua wusha cuaca tak menentu, bencana alam makin banyak. Dari yang biasa hinggalah yang tak terbayang dek akal.

Pernah member gua cakap, 'betul kot 2012 ni'. Gua malas nak layan, kang jadi khurafat. Tapi kalau nak difikirkan balik jadi takut pulak. Ok, takut jek, insaf tu belum lagi. Memang gua rasa liat. Gua pernah cuba tapi memang tak boleh. Maybe dalam setahun dua ni kot. Gua tak nak cerita bab agama kali ni. Post kali ni gua nak cerita pasal cuaca.

Definisi cuaca dari apa yang gua paham adalah cuacalah. Gua malas nak bukak kamus atau Wikipedia. Ya, bukan tu yang cuba gua ketengahkan. Apa yang gua nak cerita adalah tentang bencana alam. Gua tak nak relatekan dengan Jepun. Sebab gua rasa jauh sangat. Gua nak relatekan dengan diri kita sendiri.

Gua nak tanya apa lu orang buat bila bencana alam berlaku. Dari akal pendek gua, gua boleh cakap yang lu orang cuma boleh kesian, menderma atau berdoa atas apa yang telah berlaku. Gua gunakan perkataan 'telah', sebab apa sebab kita memang suka bertindak setelah benda berlaku, bila bencana alam datang atau apapun bila dah datang malapetaka baru kita nak bertindak. Takkah lu orang rasa benda tu dah terlambat.

Apa yang cuba gua sampaikan dekat lu orang sini adalah; ok, dekat gua sekali, cuba lihat diri kita sekarang ni, perbaiki apa yang perlu dari segi rohani dan jasmani. Cuba lebih menghargai pinjaman yang telah diberikan kepada kita. Jangan sia-siakan kehidupan yang pendek ni.

p/s: Sekarang ni kalau dapat makan ayam goreng pon dah kira tahap orang kaya. WTH!

Tuesday, 15 March 2011

Hari-hari hujan. Kalau ada bini ok lah.

Dulu masa kecik-kecik paling heaven adalah bila ikut abah gua pergi pasar malam. Setiap hari isnin dan jumaat kat taman gua ni mesti ada pasar malam, walaupun ribut petir tetap ada pasar malam. Masa tu Uptown, Downtown ni tak wujud lagi.

Asal petang hari isnin dengan jumaat je kalau gua dengar abah gua start enjin motor gua pe lagi terkinja-kinja nak ikut. Last skali gua dapat penampar jek. Setiap kali ye. Gua ulangi, setiap kali.